Sepakat.

Advertisements

Assalamualaikum

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua

*Ibrah(pengajaran) dari si buah Anggur*🍇

Cuba belek dan perhatikan buah Anggur….🍇
sangat Cantik dengan bentuknya yang bulat dan keunikkan warna keugguannya…

🍇Tapi….
Dalam banyak banyak buah anggur yang segar(dalam satu tangkai) pasti ada dua tiga biji buah yang buruk…
Dan…
Buah yang buruk tetap melekat pada si tangkai…
Begitu baik si tangkai kerana mengizinkan buah anggur yang buruk bersama sama dengan buah buah anggur yang segar…

❤️begitulah persahabatan…
Mungkin hari ini kita bersama sama dengan orang yang soleh…
Di kelilingi dengan orang yang hebat ilmu agamanya…
Tetapi jangan kita lupa kawan kawan lama kita yang jauh tersesat…
Yang terkapai kapai mencari arah tujuan hidup…
Kita tarik dia…
Pegang erat erat dan jangan biar mereka jauh tersesat…
Bawa dia mengenali suasana orang orang soleh…

🍇Seperti si tangkai Anggur yang membiarkan buah buruk melekat padanya agar dia dapat bersama dengan buah buah anggur yang segar..💚

🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇

 

Kita diajar supaya memilih kawan/sahabat yang soleh dan mukmin. Siapa kawan/ sahabaat kita, itulah cerminan diri kita. Pilihlah kawan/sahabat yang menunjukkan kepada kita betapa indahnya syurga dan manisnya hidup beragama.
Siapa sangka, si kawan/sahabat itulah yang bakal mengadu pada Allah

, “Ya Rabb, si fulan yang menderita dineraka-Mu itu adalah temanku yang mengerjakan solat, dan berpuasa denganku. Selamatkan dia Ya Rabb”
Lalu kita dibebaskan. Siapa sangka, kan?

Moga Allah temukan kita dengan hamba-hambaNya yang soleh dan mukhlisin, Allahuma Aamiin.💚

Malu

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tidak Mudah Marah dan Malu

حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا

Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah ‘azza wajalla.” Saya bertanya, “Sifat apakah itu?” baginda menjawab, “Al Hilm (santun / tidak mudah marah) dan rasa malu.” Saya bertanya lagi, “Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?” baginda menjawab: “Sejak lama.” Saya berkata, “Segala puji Allah yang telah memberiku dua sifat yang dicintai-Nya.” (HR Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya:

a. Al-Hilm – santun (tidak mudah marah)
b. Malu

2. Ibnu Allan: Malu adalah sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan sama ada perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah dirinya dari kelalaian.

3. Antara bentuk malu:

a. Malu melakukan kejahatan
b. Malu kerana merasa lemah
c. Malu kepada diri sendiri

4. Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW:

اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ

Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani)

Marilah kita miliki sifat hilm (santun/tidak mudah marah) dan malu yang dicintai Allah.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

28hb Januari 2018
11hb Jamadil Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me /hadisharian_ikram

Wakaf AlQuran

* WAKAF AL-QURAN DIPERLUKAN*

*Wartawan Bharian*
——————————-

KUALA LUMPUR: Hanya satu mushaf Al-Quran yang suduh lusuh dan koyak dikongsi lebih 300 pelajar.

Namun, kekurangan itu tidak sesekali menghalang pelajar madrasah di Ukunda pedalaman Kwale, Kenya daripada mempelajari kalam Allah.

Dalam keadaan serba daif, kebanyakan anak keluarga miskin itu menjadi huffaz (penghafal al-Quran) ketika Madrasah Irsyad di Ukunda itu hanya mempunyai dua bilik darjah sempit, dengan lantai simennya berlopak dan tidak beralas.

Realiti itu disaksikan enam sukarelawan Mycorps Afrika di Kwale yang menjalankan beberapa projek kemanusiaan, antaranya wakaf al-Quran untuk menyediakan sekurang-kurangnya 400 mushaf untuk anak Afrika itu.

Sukarelawan Mycorps Afrika, Tengku Ainifarihin Tengku Abdullah, berkata keadaan di madrasah itu amat daif dan mempunyai empat meja dan kerusi yang terpaksa dikongsi, selain ketiadaan mushaf al-Quran yang cukup.

Katanya, kebanyakan pelajar hanya mempunyai muqadam dan terpaksa berkongsi mushaf Al-Quran yang sudah lusuh.

“Kelas juga terlalu sempit dan berlopak. Ada pelajar duduk, ada berdiri dan mereka ambil giliran untuk duduk di atas empat kerusi dan meja,” katanya menyatakan dia sebak ketika kali pertama tiba di madrasah itu.

Mualim atau guru yang mengajar di madrasah itu memberitahu Tengku Ainifarihin bahawa mereka hanya mempunyai satu mushaf al-Quran, namun keadaan itu langsung tidak menghalang mereka menekuni agama.

Tengku Ainifarihin, 27, yang juga pengurus perhubungan awam korporat di sebuah syarikat swasta seorang sukarelawan Mycorps yang ditempatkan di Kwale, Kenya.

Projek itu hasil kerjasama Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dan pertubuhan bukan kerajaan Kenya, African Foundation of Education and Community Development.

Lima sukarelawan lain Syaiful Azam Saari (arkitek), Mohamad Khairul Jamain (pengembara sepenuh masa), Fadilah Sulaiman (guru Bahasa Inggeris), Shuhaida Mohammad (usahawan) dan Afishah Azman Shah, yang juga guru Bahasa Inggeris.

Pihak ingin membantu projek wakaf al-Quran RM40 senaskah itu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAHAR di CIMB Islamic: 8602599742 dengan kod rujukan: WakafQuran. Tarikh akhir sumbangan 18 Februari ini.

Seramai 47 sukarelawan Mycorps Afrika yang juga platform pembangunan sukarelawan muda di bawah Kementerian Belia dan Sukan berada di Kenya, Uganda, Sudan dan Tanzania hingga Mac ini untuk menjalankan kerja kermanusiaan di benua Afrika.

[28-1 4:13 PM] #JohoRespondTeam: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/381639/300-pelajar-kongsi-satu-mushaf